DAPATKAN PELBAGAI TIPS DISINI!

First Name:
Email address:

Tips

Dapatkan Tips-Tips Terbaru Secara PERCUMA!


Name :



Email :



Powered byEMF Form Builder
Report Abuse

Add caption
Tip-tip jimat tenaga di rumah & pejabat

Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang senag mengurangkan penggunaan tenaga.
    
1.       Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.
2.       kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.
3.       Tutup lampu pada waktu siang.
4.       Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
5.       Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
6.       Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.
7.       Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.
8.       Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah  (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
9.       Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.
10.     Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.
11.     Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.
12.     Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
13.     Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.
14.     Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
15.     30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
16.     Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
17.     Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
18.     Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
19.     Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.
20.     Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.
21.     Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.
22.     Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
23.     Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.
24.     Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
25.     Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
26.     Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
27.     Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
28.     Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
29.     Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
30.     Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
31.     Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.
32.     Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.
33.     Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.
34.     Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
35.     Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
36.     Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.
37.     Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.
38.     Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).
Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari http://www.nccc.org.my atau panggil +603-78779000)


Tip Elakkan Kecurian di Rumah

Tinggal di dalam kediaman yang selesa dan selamat adalah impian setiap individu. Memastikan keselamatan kediaman dan penghuninya sentiasa berada dalam keadaan selamat adalah tanggungjawab bersama.

Lazimnya kejadian pecah rumah berlaku ketika penghuni tiada di rumah pada jangka masa yang lama tanpa memberitahu jiran atau polis mengenai ketiadaan penghuni.

Rumah yang ditinggalkan kosong dalam tempoh lama misalnya perlu kelihatan seperti ada penghuni. Justeru jika ada langganan akhbar perlulah dihentikan supaya kediaman tidak kelihatan tidak berpenguni.

Kedudukan rumah di kawasan terpencil tanpa jiran tetangga juga memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah mereka.struktur rumah juga memainkan peranan mudah dimasuki pencuri terutama jika mempunyai lubang again di bahagian bumbung.

Tiada permuafakatan sesama jiran untuk mengawasi kediaman  masing-masing dan jiran tetangga boleh menyebabkan  kejadian pecah rumah.

Meletakkan barang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar turut mengundang pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah. Penjenayah ada yang menggunakan pemutar skru atau objek tajam mengumpil pintu atau tingkap atau menngunakan jack untuk membuka jerjak besi tingkap.

Bumbung dan siling terbuka juga mengundang  pemecah rumah melakukan kegiatan yang tidak bermoral.

Ada juga penjenayah yang menggunakan taktik membuka paip air di luar rumah bagi mengalih perhatian tuan rumah, sebaik tuan rumah membuka pintu, penjenayah akan memsuki rumah secara paksa.

Justeru, jika ada terdenger paip air terbuka di luar rumah di waktu malam, pastikan dan perhatikan dulu sebelum keluar menutupnya kerana dikhuatiri ia adalah perangkap.

Bagi rumah yang mempunyai pintu cermin gelongsor (sliding door), selakkan dengan kayu panjang di bahagian bawahnya bagi mengelakkan ia diumpil dari luar.

Antara keadah pencegahan lain ialah, sebelum meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama terutama di maklumkan ke balai polis terdekat mengenai alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah.

Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan jiran dan polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.

Alat keselamatan tambahan boleh dipasang di pintu utama seperti lubang pandangan, mangga dan selak keselamatan untuk menggagalkan aktiviti jenayah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sentiasa pasangan lampu apabila keluar rumah di waktu malam. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak

Jalinkan hubungan baik dengan jiran bagi membolehkan mereka menjenguk- jenguk di kawasan rumah terutama apabila ke tempat kerja atau bercuti.

Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.

Pasangkan sistem penggera keselamatan.

Kawasan rumah perlulah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan semak samun dan belukar yang mudah menjadi tempat persempunyai penjenayah.








5 Tips Mudah Simpan Duit






Anda kenal ini? Ini adalah tabung yang diperbuat daripada buluh.. Kalau dulu masa saya kecil-kecil lagi, saya sangat suka menggunakannya.
Sesiapa pun pasti ada cara masing-masing untuk menyimpan duit kan? Jangan lambat menyimpan, penting untuk masa depan tau.

Apa yang saya suka tentang tabung buluh ini ialah susah nak pecahkan kecuali menggergajinya sahaja. Jatuh ke lantai pun tidak pecah.

Kalau kita pakai tabung plastik yang selalu budak-budak pakai itu, mungkin boleh pecah. Tetapi saya lebih suka gunakan cara ini. Jimat, mudah dan berkesan..!

Saya kongsikan tips ini untuk simpan duit, ok?

Caranya mudah saja:
1.Sediakan bekas utk menyimpan duit syiling. (Botol air minuman/mineral besar tu pun boleh jg,lagi jimat). Biasanya duit syiling,sembarang ja kita letak. Klu d kereta itu kita sisip2 ja mana2, apalagi kalau duit 5sen tu. Jadi apakata,kita sumbat dia dlm botol tu. Semua duit syiling tu dkumpulkan kdlm botol,lama2 bnyk ooo.


2.SIMPAN RM 1 SEHARI. (RM 1 ni anggapla dia sbagai cukai hidup kita dalam sehari)
RM 1 X 7(7 hari dalam seminggu)=RM 7 X (SEMUA HARI DALAM SEBULAN)= RM28

3.SIMPAN RM 5 SEMINGGU. (Bayarla pada awal minggu ataupun dpenghujung minggu)
RM 5 X 4=RM 20

4.SIMPAN RM 10 DALAM 2 MINGGU. (Dalam sbulan ada 4 minggu, so kita simpan pada minggu ke 2 dan ke 4)
RM 10 X 2 + RM 10 X 2= RM 40

5.SIMPAN RM 50 DALAM 1 BULAN. (Biasanya kalau kerja gov tu gaji hujung bulan kan? so settle la awal2 cukai hidup ni. Kalau RM 100 pun sbulan lagi cantik ooo,bnyk pulangannya)
RM 50 atau RM 100 = RM 50 atau RM 100

Last sekali, cuba anda jumlahkan..? Berapa kita dapat?Ok jumlah kan semua:
28+ RM 20+ RM 40+ RM 50= RM138 Sebulan.

P.S: Ni belum masuk lagi duit syiling dan nilai simpanan anda. Contohnya anda menggunakan skala yg lagi besar contoh RM 2 sehari ataupun RM 300 sebulan. Cuba anda kira jika 3 bulan,6 bulan ataupun setahun berapa jumlahnya? Tentu memberangsangkan. Selamat mencuba ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...