DAPATKAN PELBAGAI TIPS DISINI!

First Name:
Email address:

Susunhias Tanaman Taman Dapur




Taman dapur juga perlu bergaya!

Menyebut sahaja taman dapur mungkin ada di kalangan kita membayangkan sebuah ruang yang agak hambar disebabkan bahan tanamannya yang kurang menyerlah dari segi warna. Namun spesies-spesies pilihan di taman dapur mempunyai karektor dan teksturnya yang tersendiri. Sentuhan kreatif anda untuk ’bermain’ dengan kelebihan ini insyaAllah akan menghasilkan taman dapur yang bergaya!


Perhatikan kepada beberapa karektor tanaman yang anda pilih. Sebahagiannya tumbuh tegak memberikan lindungan contohnya lengkuas manakala sebahagian lagi tegak merumpun contohnya Serai. Terdapat juga spesies yang mempunyai daun yang agak besar seperti kunyit yang boleh menghasilkan tekstur yang lebih kasar serta tumbuhan –tumbuhan herba yang rendah seperti daun bawang atau merayap seperti pegaga. Tumbuh-tumbuhan ini sekiranya diatur atau disusun dengan baik boleh menghasilkan peragaan yang menarik di bahagian dapur anda.


Berikan sentuhan jiwa seni anda
Elakkan rekabentuk yang monotonous. Pelbagaikan ketinggian batas tanaman. Gunakan bahan binaan yang menarik ataupun yang anda minati untuk dijadikan border tanaman. Penggunaan ’railway slippers’ yang usang, batu-batu sungai pelbagai saiz mungkin mampu memberikan sentuhan peragaan yang tersendiri.


Ringkas juga menarik!
Gunakan pasu samada plastik atau terracotta untk taman dapur anda. Pilihlah samada berbentuk kotak (empat segi bujur) ataupun bulat. Susun pasu-pasu ini dengan teknik peragaan tersendiri. Ambil kira keperluan ”turutan” atau ”ulangan’. Pelbagaikan gabungan ketinggian dan saiz pasu sekiranya disusun secara berkelompok.


Taman dapur boleh bertingkat!

Mengapa tidak? Anda kekurangan ruang? Anda masih boleh memiliki taman dapur yang menarik dengan menyediakan sebuah para yang ringkas. Susun pasu-pasu tanaman di atas para berkenaan dengan tumbuhan dapur. Apa yang penting ialah anda mengenali spesies yang ingin anda tanam dengan jelas terutama corak tumbesarannya. Saiz bahan tanaman biarlah sesuai dengan bekas atau pasu yang digunakan.



Jangan ‘tamak’…

Terutamanya di dalam membuat pemilihan spesies. Kalau disenaraikan, anda akan dapati terlalu banyak spesies yang boleh digunakan untuk diserasikan dengan tema taman dapur. Meskipun begitu secara hakikatnya hanya terdapat beberapa spesies sahaja yang mungkin kerap anda gunakan ataupun anda benar-benar minati. Penggunaan spesies yang terlalu banyak boleh menghilangkan fokus kita terhadap keutamaan kewujudan taman dapur itu sendiri. Bergantung kepada keluasan ruang yang ada (lebih luas mungkin lebih banyak spesies yang boleh anda tanam) pemilihan spesies sebaiknya disesuaikan dengan lokasi serta mempunyai keperluan jelas penggunaannya untuk aktiviti-aktiviti berkaitan dengan masakan. Lagi pun bukankah taman ini taman dapur?

Sumber : Mytaman

Go-Nature-Go-Green

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...